Sunday 28 April 2013

Polisi Baru Teratak Kecil ADAMAYA

Berikutan timbul permasalahan pelanggan yang kurang bertanggungjawab (kehilangan dan kerosakan pada peralatan di dalam Homestay), Mesyuarat Pengurusan Homestay pada 26-4-2013 telah membuat ketetapan berikut:-

1) Deposit sebanyak RM50 akan hanya dipulangkan kepada pelanggan setelah pihak pengurusan berpuas hati dengan keadaan Homestay yang ditinggalkan.

2) Deposit akan dipulangkan melalui ONLINE atau sewaktu 'check out' bergantung pada situasi.

3) Sewaktu 'check in' pelanggan perlu membayar jumlah penuh kadar sewa setelah menolak RM50 dari baki deposit.

Sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada pihak pengurusan.

Terima Kasih.


"ANDA SELESA, KAMI CERIA"

Pa n Ma ADAMAYA